Friday, January 30, 2009

Yani Jatuh Dan Dagunya Luka lagi.....!


Aku terpaksa ambil cuti sejak 19 January 2009 until 21 January sbb hubby aku ke Jakarta mengikuti team golfnya bermain di sana... Disebabkan tak mau kelam kabut pagi2 aku tepaksa ambil AL selama 3 hari...Nak buat macamana...mana mungkin aku menang tangan utk handle mereka di awal pagi sdgkan aku terpaksa keluar seawal 6.30pg ke tempat kerja. Aku berkorban menghabiskan ALku selama 3 hari...


21 January petang..tiba2 h/p berdering & appear no. h/p yang tidak ku kenali. Bila ku angkat Cikgu Sekolah Yani memberitahu yg Yani di Kelinik Annisa sbb jatuh & dagunya terpaksa dijahit. Ya Allah Yani...apa dah jadi ni...hari tu jatuh longkang luka kat dagu gak ni luka lagi kat dagu...Di sebabkan ada baby..& Fina pulak meragam so aku serahkan pd gurunya utk menyelesaikan di kelinik...w/pun hatiku tak tenteram...Tiba2 gurunya menelefon lagi & mengatakan Yani menangis tak mahu dijahit...dan aku dgr background suara Yani menyebut2 ibu...ibu...Dalam keadaan tergesa2 aku tumpang Fina dgn Mie (jiran) di atas & aku bergegas ke kelinik..Sampai2 Dr kata ubat bius dah habis & Yani dah sedar...cam na lah Dr ni..tak faham aku!

Darah dah penuh baju sekolahnya..w/pun dipujuk Yani masih enggan dijahit & akhirnya dagunya hanya digam dan diplaster saja. Nasib baik lukanya di bawah dagu kalau di bawah bibir tak ke cacat anak aku...Yani, Yani dah berapa kali ibu pesan jgnlah lasak sangat...Tengok tu dagu dia dah bertampal selepas aku mandikan & bersihkan darah2 semua..Nasib baik ibu ada kalau ibu kerja? Dengan selamba dia jawab "Yani tunggu ibu jugak..." Betul2 minah selamba dia nih...



No comments:

Post a Comment