Thursday, January 29, 2009

Hari ni sampai awal gak kat office . Jalan masih tak berapa jam. Masa kat parking Kelana Jaya tadi kosong je sewaktu aku sampai..Kalau tak jenuh berpusing baru dapat parking. Orang masih bercuti Tahun Baru cina lagi lah tu & sambung cuti hari wilayah pada Isnin depan..syoknya they all cuti panjang. Kat office aku org ke-2 sampai selepas Fizah. Sambil tunggu geng nak gi b/fast tulislah apa2 dulu. Semalam balik dari kerja pergi ke kelinik Shamsara ada appointment pasal aku punya b/p....Sepatutnya Isnin lepas disebabkan bercuti ke PD tak dapatlah datang. B/P aku masih tinggi i.e 140/100. Geleng kepala Doktor Jisham. Tambah ubat lagi & dia suruh datang sabtu ni dalam keadaan aku rehat & tenang. Dia kata aku letih & penat sbb baru balik kerja agaknya. Entahlah ya...

Hari ni tak tau apa lagi nak buat kerja. Hati dah tak ada kat office ni. Hati aku di rumah teringatkan Fina babyku yg aku tinggalkan tadi. Masih tidur di katil...ayahnya pulak ceret beret, entah apa yg dia makan malam tadi. Dia balik driving range aku pun tak sedar sbb kul 12.00pm aku masuk tidur dia lum balik lagi. Manalah kawan2 tak sampai aku nak gi b/fast ni....

Oh ya semalam call Ijai tanya pasal kursus yg disediakan oleh MECD utk usahawan bumiputera. Niat hati nak bukak kedai dobi pas berhenti nanti.. Hubby kata cuba surf internet tengok kursus yg dianjurkan oleh MARA.. Call Ijai dapatlah info pasal course tu, tapi katanya belum diiklankan lagi di internet, nanti kalau ada dia akan inform aku. Oklah tu, kalau hubby dapat bagi modal berminat jugak akau nak bukak business tu...Duduk umah tak buat apa2 dan duit tak masuk boring jugakkan...

No comments:

Post a Comment