Thursday, April 23, 2009

Kenapa Aku Tak Boleh Jadi Cikgu

Kenapa aku tak boleh jadi cikgu...Senang aje jawabnya. I'm not a patient person...Dulu slps SPM w/pun masa tu aku masih study di ITM aku cuba gi ujian bertulis seterusnya gi interview utk masuk Maktab Perguruan sebanyak 3 kali tapi semuanya gagal...Rupa2nya Allah maha mengetahui... aku punya karektor yg agak hot tempered tak sesuai nk jadi cikgu....

Hari ini bila anak2 aku minta tolong buat homework aku akan cepat aje hotnya...Napelah benda senang cam nih kau nk tanya ibu nak oiii....Takkanlah ni tak faham nak oiii...Kenapa tulis senget benget cam nih!!!, cubalah gam gambar tu kemas2 sikit dan lagi dan lagi dan lagi...aku membebel...Tapi kini aku cuba utk menjadi seorang ibu yg terlebih sabar...Utk cikgu2 ku dahulu, jasamu tetap dikenang....Dan utk cikgu2 kini yang di luar sana aku respect dgn anda semua melayani perangai murid2 yg berbagai ragam dan amat mencabar kesabaran serta keimanan anda...Sesungguhnya aku pernah terbaca satu artikel baru2 ini tentang kajian bahawa ramai kini guru2 mengalami tekanan jiwa...Sungguh mencabar jawatan perguruan kini...Dan sebenarnya 3 adik beradikku yg menjadi guru sering mengeluh dgn perangai murid2 skrg yg begitu berani dlm segala segi sehingga mencabar kesabaran seseorang guru itu...Sesungguhnya jawatan guru amat mulia...



Yani sdg membat homework. Slps dibebel oleh ibunya
barulah dia boleh duduk diam utk menyelesaikannya..
kalau tak jenuh pusing keliling tapi h/work tak siap2
and at last tertidur & h/work tk siap...Camna aku
tak membebel...

Tuesday, April 21, 2009

e-Hasil...e-filing...

MHI pagi tadi menjemput seorang tetamu from LHDN utk membincangkan ttg e-filing LHDN...Alamak aku punya borang BE kat mana aku letak yek...

Abby Fana bersama tetamu LHDN menerangkan
cara2 utk mengisi e-filing...

Aku pong duduk sat concentrate utk amik tau
sbb aku tk buat lagi... Last day is on 30 April '09
Lagi beberapa ari aje...This is my bad habit actually,
selalu buat keja last minute...Keh keh keh (selalu
kena tegur ngan Mr Hubby but tak serik2)

Fahamlah sikit2 kot...

Pas aku dapat carik borang aku, nanti mlm kot lps semua anak2 & baby aku tido aku cubalah buka web ni https://e.hasil.gov.my/
Sedikit info yg aku dapat tadi ialah sesiapa yg dah berenti keja macam aku nih, kenalah memaklumkan kpd LHDN by giving yr contact no. utk memudahkan pihak LHDN menghubungi kita bila pihak LHDN nk tau lebih info dari kita. Kalau tak next & next, next year aku akan dapat lagi form nih..So this year is the veeeeery last year aku kena isi borang BE ni, insya- Allah.
Friends yg dpt VSS tu every RM10,000 dikecualikan setiap genap setahun bekerja so yg lebih tu ajelah yg akan ditax...

Segala perbelanjaan kita sprt. zakat, insurance, pembelian buku & majalah (exclude akhbar & majalah tabloid) etc, the resit @ statement hendaklah disimpan for 7 years. It's will be used when the LHDN is going to the an audit.

Monday, April 20, 2009

Mr Hubby The Golfer Dah Balik...

Ini Golfer sudah balik kul 2.30am this morning!

Cuma bwk balik door gift jee...No hadiah lumayan
sbb main tk bagus katanya...

Ini kenangan Mr Hubby...

Borong cekelat utk anak2...

Cekelat lagi...From Idaman Suri with luv tak de masa...katanya..




Sunday, April 19, 2009

Nur Jannah yg keletah & cousins

Text Color

Satu hari di musim cuti sekolah yang lepas Nur Jannah bercuti balik kg (tapi Jannah ni terbalik,coz istilah balik kg jumpa nenek actually datang KL coz neneknya di KL, she stayed in Selama Perak). Selalunya balik KL dia sendirian akan stay kat umah kami sehari dua (tinggalkan baba & ibu kat umah nenek) coz ada regu dia (anak2 aku)... So this time aku & hubby ajak Jannah jalan2 kat Subang Parade. Ha...they all kalau dah jumpa regu habis satu shopping complex dia jelajah buat macam umah sendiri...Aku dan hubby buat tak peduli. Lantaklah kome...Janji kau orang bahagia and happy!!!

Imunisasi Fina Utk 6 bulan

Ha...Kita dah sampai...Sebenarnya sebab Fina dah 6 bulan
so kenalah cucuk lagi...Tapi Fina good girl..mesti strongkan
jangan nangis tau...Malu kat Doctor nanti...

Good girl...Dah siap.....




Surfina Dah Dapat 'car seat'






Ha...Akhirnya Fina dapat gak car seat dia. Thanks ya Mr Hubby..Pas ni cinanglah kita nk jalan2 berduakan Fina....Takyah lagi kalau ada emergency nk tumpang umah Cik Mie ke Cik Su ke...
Ok Fina first place kita nk pegi mana utk merasmikan car seat ni....Jom ikut ibu...Jgn nangis tau...Duduk diam2...

Fina 6 bulan








Aksi dirakam slps Fina baru bangun tido...
Fina dah 6 bulan. Doa ibu agar Fina sihat dan menjadi anak yang solehah berjasa pada ibu, ayah,agama dan bangsa...

Senja Di PA






Setelah hampir 7 tahun bermastautin di PA ni baru hari ini aku dapat menikmati keindahan waktu senja di PA. Selalunya waktu2 begini aku masih sibuk di office @ masih dlm perjalanan pulang. Dan...hari ini aku dapat merakamkan suasana indah ini dari aptku...Indah sungguh ciptaanMu Ya Allah....

Friday, April 17, 2009

ABPBH

Aku rajin mengentri hari nih...hubby tak ada, masa byk terluang dpn PC...Majlis ABPBH pong aku nk masukkan dlm blog...Tak pe, lama tak menulis....

Artis paling popular Ahmad Nabil- Sib baik ko menang,
Mawi bagi chance lah kat orang lain
aura kau dah luntur dek Ekin keh keh keh
Faizal Tahir yang berubah penampilan ke rambut pendek
tak kenai teman tadi...
Irma Hasmie yang tumpang seronok
sbb buah hati dah jadi paling popular meninggalkan Mawi jauh ke belakang
Sarah Raisuddin

Sarah & Jamal

Ayu OIAM

Jamal Abdillah Anugerah Sepanjang Hayat

Sharifah Shahira Yang agak dah sarat

Sharifah Shahira & Adlin..Serasi tak?

Pelakon Wanita Filem Popular- Maya Karin yg sentiasa sweet

Dato' Siti yg hiba mengenangkan arwah bapak selepas dianugerahkan
penyanyi wanita popular selama 12th berturut2

Majlis Penyerahan Nota Tugas PM













Gambar2 yang sempat dirakam sepanjang majlis penyerahan Nota Tugas PM dan majlis perpisahan rasmi PM pada petang 3 April 2009.
Jasa mu dikenang Pak Lah w/pun hanya sempat menjadi PM ke-5 Malaysia utk jangkamasa selama 5 tahun 5 bulan dan 3 hari dan Tun Jeanne Abdullah bersama Pak Lah menjadi PM selama 2 tahun.
Semoga di bawah kepimpinan PM ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak Malaysia akan bertambah makmur dan bertambah maju dari segi pembangunan & ekonomi yg bertambah baik. Amin...