Friday, February 27, 2009

Hari-hari mendung....Hatikupun mendung....


2, 3 hari ni asyik mendung dan hujan aje...ke kerja hujan dan balik pun hujan... Kl...apalagi suatu kewajipanlah kalau hujan jem berbatu2....Bayangkan kalau perjalanan selalu aku balik umah hanya 1 jam tapi hari Rabu tu aku dapat extra 1 jam...Terus esoknya (semalam) aku MC sbb migrain. Huks, Huks sedapnya kepalaku...Mujur Dr Jisham memahami & oh...B/P aku naik lagi...nape ni...stress sungguh aku...

Datang keje ari ni pagi2 boss dah panggil. "Nape tak keje...semalam" Aku: "migrain boss". Boss: "This for you, but if U change yr mind pls let me know k". Dalam hati ku:"keh keh keh....keja gila. Tak kan ku patah balik." BTW boss, thanks, coz you brought me here...being such a nice boss, so generous boss but sometimes so lok lak boss and bossssssy boss...heh he he...

Bila baca surat release tu rasa sedih lak...Oh...this is the end of my career....hiks, hiks, hiks... But ku pujuk hatiku...Tak pelah aku berkorban demi anak2 & familyku dan juga utk diriku....Aku sebenarnya selama ini terlalu sibuk ngan kerja kerja kerja and masa untuk MU kurang aku laksanakan...betapa aku membazirkan masaku selama ini dan aku lupa padaMU ya Allah..

Sesungguhnya, aku akan menempuh kehidupan baruku tak lama lagi...what else to say yeh....oklah for me being a full-time house-wife, being a full time mother is one of the highest salaried jobs in my position, since the payment is pure luvs...

Thanks hubby, memahami aku...besar tanggungjawabku selepas ini sebenarnya...InysaAllah akan aku laksanakan selagi hayatku dikandung badan.....

Tuesday, February 24, 2009

Ibu Mithali -Very Touching Story

OLEH : NORHASHIMAH HASHIM

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi."Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa."Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu."Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya""Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran."Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman."Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak.""Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya."Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri.""Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!""Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka.""Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!""Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya."Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya.""Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun."Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi.""Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu."Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya.""Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu."Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.Penat saya membersihkannya. ""Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan.""Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak.""Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah.""Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami.""Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain.""Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?""Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah.""Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah."Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak.""Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.""Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak.""Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu.""Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah.""Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu.""Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. ""Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah.""Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur.""Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu."Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya."Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..""Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut."Kenapa Mirah tolak tawaran itu?""Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?""Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! ""Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya."Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. ""Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya."Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat."Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. ""Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya.""Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah.""Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?""Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya.""Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain."Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah.""Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan.""Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental.""Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak.""Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula."Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.(Dewan Sastera Mei 2000)

P/S : For those yang bergelar ibu dan anak yg masih mempunyai ibu..Kasih dan sayang ibu sentiasa berkekalan..

Pertembungan Antara Sains & Islam - mana satu nak pilih????

(Resepi Hati lembu masak jintan pong sodap....he he he he....- sekadar hiasan)

Assalamualaikum wbh,

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk “Agar Gigi Anak-Anak Tersusun Rapi”. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.
Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati samada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman".
Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalamanadalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Buah pinggang
9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
10. Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?
Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu,setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah akan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.
Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, nugget, double decker dsb
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau.
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.
Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah). Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan leh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap.
Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk imakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam


Dipetik Dari e-mail yang diterima dari kawan atas kawan atas kawan dan atas kawan kawan....

Monday, February 23, 2009

Petua Untuk Isteri & Kaum Ibu Agar Sentiasa Menjadi Perawan

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:(56.35) : Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Course Lagi: Risk Management & Sexual Harassment At Workplace (THE ROYALE BINTANG)

\


Masa dalam dewan sempat snap
1 gambo nih....


Lobby

Ah...Dah tender pun mgmt hantar aku gi course lagi....Tak pe since this is mandotary for all staff pegi ajelah...lagipun seronok keluar dari kepompong kat office tu. Kali ni kat Royale Bintang. Kat mana yek...Redah ajelah...tengok map macam tau je...Ok, keta parking kat Medan Tuanku, naikmonorail turun kat Imbi and....ah..senang je... Dah sampai pun. Kat Low Yap Plaza rupenye...

Morning session, boringnya...siap boleh sms Asmah kat office. Nasib baik buffet sedap...ha...1 jam setengah melantak....kembong perut dibuatnya.

2nd session "sex harrasment at Workplace" ha...topic ni menarik skit, lecturernya pun ok, pandai layan student so...oklah...bla bla bla...5 ptg chow....

Saturday, February 21, 2009

BIRTHDAY AYAH....


Birthday.....Selamat Panjang Umur, Murah Rezeki, Diberikan Allah Kesihatan Yang Baik...Itulah yg selalu kita dapat kalau Birth Day kita sampai....

Friday, February 20, 2009

Anak-anak Perempuan


Semasa aku mengandung anak yg ke-4 di tahun lepas....Masa tu dah 6 bulan dah baby Surfina di rahimku...

Kami ke rumah Mak su & Pak Su di HK sbb kenduri doa selamat krn nenek, Mak Su, Mak Lang & Mak Andak akan ke Mekah utk menunaikan umrah...

Terjadilah perbualan antara kami slps semua tetamu pulang...

Mak Uda: Bid dah SCAn ke baby apa...
Aku: Tekalah....(sambil aku tersenyum)
Mak Su: Mesti Baby boykan, mcm Mak Su 3 girls (Intan, Mira & Nabila) pas tu last dapat Amir....
Izard: Hah...Baru semalam scan nampak, pas 3x scan, baby menyorok...Dr kata 60% girl....Dr nak sedapkan hati kita lah tu...he..he..he...
Mak Uda: Tak pelah skrg ni pompuan ke boy ke sama aje. Yg penting cara didikan kita...

Pas tu bla bla bla bla berbual sampai mata aku dah pejam celik pejam celik nak ngorok, tapi laki aku tak reti2 nak balik, maklumlah jumpa "regu" habislah...sampai ke subuh pun they all tahan bersembang....anak2 aku pun dah tergolek...

Aku pong buat kesimpulan sendiri....genetik aku (belah aku) semua sibling nya pompuan....Aishah, Ainah, Ainon, Azizah, Abidah, Aliah & Azlina (7 tu....jula juli...), belah laki aku lak, w/pun a/beradiknya 7 (6 lelaki & 1 pompuan) but...mak mentuaku 5 siblingnya semua pompuan...so sendiri mau hengatlah...

Dan....aku teringat pernah mendapat e-mail dari Abang Yazid yg akan aku jadikan panduan dlm mendidik anak2ku insya Allah semoga berkat & bermanafaat...kepada diriku dan semua yg seangkatan dgn diriku...( buat menyedapkan hati yg tak dpt baby boy...)He...he...he...

KEUTAMAAN MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN

Imam Ghazali dalam perkara ini berpendapat; hendaknya orang jangan terlalu gembira kerana mempunyai anak lelaki, dan jangan terlalu susah kerana mempunyai anak perempuan, kerana dia belum tahu mana di antara mereka yang lebih baik. Banyak orang yang mempunyai harapan supaya mereka dapat anak lelaki, dan banyak juga yang mengharapkan supaya mereka mempunyai anak perempuan, untuk diketahui bahawa kebahagiaan itu biasanya terdapat pada banyaknya anak perempuan, dan pahala itupun lebih banyak terdapat pada anak-anak perempuan.

Dalam perkara ini Rasullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil merapatkan jarinya."
[HR. Bukhari dan Muslim]

"Barangsiapa yang mendapat kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi dia tetap berlaku baik terhadap mereka, nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka,"
[HR. Bukharu dan Muslim]

"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga."
[HR Tarmizi dah Abu Daud]

"Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan yang dipeliharanya, disayanginya dan dididiknya, tentulah ia mendapat syurga."

NOTA:
Namun seingat aku, apa yang aku lalui bersama2 arwah emak dan ayah sepanjang hayat mereka, ke 2nya cukup berbangga dengan ke7 kami...Apa tidaknya kamilah jula juli bintang 7 yg cukup terkenal di kg masa tuh....sementelah kesemua kami berjaya di dalam pelajaran msg2 w/pun kami tidak semewah anak2 org lain...hukkksssss........sedih bila ingat zaman lampau.

Friday, February 6, 2009

Percutian Indah Di Belakang Batu Caves.....????



















Dapat e-mail drp rakan di Singapore, Connie (Kim Eng Securities). Gambar2 menarik nan indah untuk percutian hanya di belakang Batu Caves....Eh eh eh betul ke ko ni Connie...mana ko dapat nih? Selepas aku forward email kat kawan2 di department aku nih...semua ketawa, they all kata kabus yg ada kat gambo tu kalau betullah tempat tu kat belakang Batu Caves, semestinyalah itu asap dari kilang2 yang berhampiran & disekeliling Batu Caves....BTW cantik tempat ni kat mana ni yek....

Kamaruzzaman pulang ke rahmatullah....

Semalam pulang dari kerja aku terus ke klinik Dr Jisham. Alhamdulillah, Dr Jisham Kata B/p aku dah cantik i.e 120/80. Akupun terkejut gak sbb aku check, dalam keadaan aku baru balik kerja slps stress menempuh jem dsb. Dr Jisham membekalkan aku pil Co-Diovan 80/12,5 mg untuk selama 2 minggu. Aku harap lepas ni tak perlulah aku telan pil lagi....Sekarang ni aku masih boleh claim lagi until the last day aku kat AIBB pas ni tak taulah, kelinik gomenlah jawabnya...

Sementara menunggu ubat, sms masuk, message drp kak Ainon. Sebaik dibaca berita sedih diterima, 2 pupuku Aman Gemok (panggilan) meninggal slps asar tadi & jenazah akan dibawa pulang ke kampong kami di Merlong utk disemadikan di sana...Ah, tak sempat aku nak visit dia semasa terlantar sakit di rumah Yana di Cheras. Masa kenduri cucu kak Ipat, aku dan K. Ainon bercadang nak melawat tapi hemmm..sibuk kerja & anak2 langsung lupa hinggalah aku dapat berita ni. Terkilan juga dibuatnya...menerawang fikiran aku teringat zaman budak2 masa kami sama2 kat kampong dulu. Actually kami selalu bergaduh dan ejek arwah ni gemok, & lekatlah panggilan tu sampai ke akhirat hayatnya. Arwah mmg baik orangnya, kebetulan lak masa kat Kg kami duduk bersebelahan rumah, beliau ni tak kawin sampai ke akhir hayatnya. Masa kami semua berhijrah ke KL belajar & seterusnya bekerja, arwah nilah yg tengok2kan arwah emak & ayah kat sebelah kalau k.Aishah & Ambok ke Tampok sekali sekala....Sedih bila mengenangkan zaman2 masa kami di kampong sementelah tapak umah pusaka di kampong telah dijual pada cina tanpa pengetahuan kami....MMg sedih...

Tiba-tiba kak, kak ubat...eh, dah jauh fikiran aku menerawang rupanya....Innalillah...moga-moga roh arwah ditempatkan bersama2 dengan orang2 yang soleh, amin....Giliran kita bila pulak ya...

Wednesday, February 4, 2009

Course: AMLA -Law & Practise Quality Hotel City Centre

Semalam 03 February 2009, aku pergi course AMLA kat Hotel Quality City Centre Jln Raja Laut. Aku parking keta kat belakang ODEAN (skrg dah tak ada panggung tu) depan Campbell sbb balik nanti nak gi JAKEL. Syok gak coursenya, ingatkan boring, maklumlah AMLA mesti banyak act yg akan dipelajari, tapi facilitatornya Prof. Dr Yee Mei Peng, IBBM dapat menyampaikanya dgn baik sekali so akupun tak boring w/pun pada sessi ptg agak mengantuk. Bisalah masa lunch aku tale semua yg ada, mulalah mata terkebil2 menunggu waktu break. Kul 5ptg course tamat, niat hati nak gi JAKEL terbantut, sbb hujan punyalah lebat...dgn hati yg hampa menebenglah aku kat Lobby hotel sampai hujan reda. Nak ku redah harus kuyup w/pun ada bwk payung comel dlm h/bagku sebab hujan teramat lebat dan berangin...

Hubby telefon ketawakan aku, katanya kalau aku parking kat hotel dah nak sampai rumah, skrg padan muka aku tak dapat gi shopping...Tak pe ada masa nanti aku akan pegi jugak...he he he

5.25 hujan agak reda, aku redah ke parking keta. Sampai sana kainku dah basah, statrt enjin aku balik umah ajelah....Menempuh jem spj Jalan Sultan Ismail, menuju ke Jln Kuching seterusnya Ke Jalan Duta...Slps TOL jalan clear sampai ke NKVE, di Damansara jeeeeeeeemmmm sampailah ke Subang, ya Allah, dah lama aku tak tempuh sebegini rasa macam nak nangis & peeeeenat sangat. Akhirnya sampai kat umah betul2 azan maghrib berkumandang....Waduh...mmg aku surrender....

Sunday, February 1, 2009

Angah dan kejayaannya pada 2008










Angah dapat mata pelajaran terbaik tahun 2nya di SKPA2...dan KAFA Angah dapat tempat ke-2. Tahniah Angah, tapi ibu miss tahun ni nak tengok Angah amik hadiah sbb ibu masih dalam pantang lagi. Tapi tak pe ayah, nenek & Yani ada teman & tengok Angah amik hadiah. BTW I'm proud of you...next year belajar rajin2 lagi tau supaya lebih berjaya....I Love U...

Penenang Jiwa...Sejuk mata memandang


Ini ikan2 belaan Paksu/Maksu kat Ulu Kelang...Aku pun dah lama berhajat nak bela ikan dalam akuarium ni..tapi dream tu tak kesampaian lagi, takut tak boleh maintain, tak pe nanti pindah umah baru akan ku laksanakan...

Perarakan Menentang Serangan Israil Ke Gaza


Dua gambar di atas adalah perarakan rakan2 muslim kita yang membantah serangan Israil ke Gaza a.k.a penduduk Palastine. Tak ingat bila tarikh ni, tapi aku tak sempat nak rakam semua sbb masa perarakan ni started aku kat dalam office, terlepas pulak nak rakam di awal2 perarakan btw this parade just after Jumaat prayer and was start from Masjid KLCC towards the US Embassy..Takbirrrrr....