Thursday, September 17, 2009

Sembahyang Raya



Kat sini ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu mungkin pertama kali pergi sembahyang raya atau langsung tidak pernah atau seseorang itu sangat jarang pergi sembahyang raya sebelum ini..


1.Selamba saja seseorang itu boleh pergi masjid atau surau masa masa Tok Imam tengah baca khutbah raya.. Dia ingat sembahyang raya mcm sembahyang Jumaat ke, Khutbah dulu sembahyang kemudian, pada hal sembahyang raya khutbahnya selepas sembahyang jemaah raya.. ...ingat tuu...

2.Habis sembahyang raya, dia terus menonong balik rumah.. Jemaah ingat dia sakit perut ke apa ker... dengar dulu khutbah laaa..

3. Konfius berapa kali kena angkat takbir sebelum baca al-fatihah dalam setiap rakaat. Nak ikut Tok Imam, dah terlambat angkat..

4. Tidak pernah mandi sunat Aidilfitri sebelum ke masjid. Yang dia tahu mandi junub je...

5. Ingat-ingat lupa atau tidak ingat, tak tahu pun niat solat hari raya.. Nak tanya orang kat sebelah..segan pulak..

p/s: maaf zahir dan batin...



Thursday, September 3, 2009

Gambo2 di bawah gambo anak2ku Yani & Fina yg tertidur....Yani keletihan sbb berpuasa...Alhamdulillah Yani tahun ni dah boleh berpuasa penuh...Nanti ibu ngan Ayah bagi duit raya ya...

Fina pulak tak tau kenapa...sdg sibuk aku menyediakan juadah puasa, tiba2 aku tak sedar baby aku dah tertidur kat walker dia...cian baby ibu....












Seramic World- Pilih Tiles











Pertama kali pergi ke Seramic World White Horse. Wah..Kagum aku cantiknya dia punya interior design...sampai rambang mata tak tau nk pilih tiles yg mana satu yg cantik & sesuai ngan umah baru nanti...Last2 pilih tiles ala2 kayu gitu....

Visit Moyang sebelum Ramadan

Nek Andak Mengurat Fina yg agak malu utk didukung oleh org lain selain dari parents dia

Fina Ngan Ayah

Along

Aku Fina & Moyang

Fina dgn Moyang

Fina sembelit cepat2 Moyang suap Fina buah betik...

Along dgn Moyang



Birthday Ayah 13.8.2009

Baru sempat nk mengN3 gambo2 masa anak2 suruh ayah potong kek...







Tengok gambo2 ajelah ya....


Wednesday, September 2, 2009

Bercuti Di Pulau...Rindunya..

Aku ni suka bercuti. Tempat2 yg aku suka lepak adalah kat pulau2...Memang seronok utk merehatkan minda, apatah lagi kalau dulu2 tu aku masih sibuk keja...sbb tu aku selalu ajak hubby cuti kat pulau2 ni...Tapi masih byk lagi pulau2 yg masih belum aku terjah...
Langkawi Island
Langkawi Island ni...agak selalu pegi...Tapi kalau gi utk shopping cekelet & pinggan mangkuk kt Nusa Mahsuri tu le...he he he...

Pangkor Island
Pulau ni, selalu aku gi...masih cantik lagi cuma kena pandai cari hotel @ resort yg mempunyai view yg cantik le...Selalu gi sini ngan family dan pernah wat K3K family day pd tahun 2007...Mmg seronok gi ramai2 dgn seluruh family...satu feri lah we all chartered...Duk kat Teluk Dalam Resort...ehem...cantik sangat...

Sipadan Island
Ha...Pulau ni ramai org kata paling cantik, dan masih terjaga dasar lautannya, airnya masih nampak kebiru-biruan gitu...Aku pun teringin sangat nk sampai ke sini. Tapi bila ya..

Perhentian Island
Ni...Tak pernah sampai lagi. Kalau nk pegi mesti tergendala....Insya Allah akan sampai nanti ya hubby...
Desaru
Gi sini dah 2 kali . First time gi tahun 80an...Masa tu kakak aku diarahkan utk mengajar di sini. First dia kena posting pas habis pengajian perguruannya...Indah...mmg indah...2nd time gi masa tu aku masih kerja di Johor...gi ramai2 ngan adik dan kawan2....sweet sangat memori tu...Rindu sgt ngan kengkawan time tu bila tengok photo2 kami...Maklumlah zaman remajakan..

Redang Island
Gi sini lak pada tahun 2007. Best... coz masa tu gi berdua je ngan husband...Siap gi naik Berjaya Air lagi...kira honeymoon le masa tu...Mmg cantik sangat Pulau redang nih...Bila lagi nk dpt peluang gi sini berdua-duaan ya...ehemmmmmm..
Tioman Island

Gi sini masa aku masih solo lagi...Gi ramai2 dgn geng masa tu kalau tak silap tahun 1996....Bila nk sampai sini lagi ya...Kengkawan...rindu..apa kabar semua di sana?

Monday, August 31, 2009

Projek Buat Karipap




Juadah berbuka pose hari ni, anak2 aku sibuk nak karipap ayam. So they all pun beramai2 bersama bibik buat karipap...Tentu sedapkan...


Renungan Ramadan


Bismillahirahmannirahim..
Sesungguhnya syurga itu diukup-ukup dan diperhias tiap tahun ketika masuk bulan Ramadan, maka apabila tiba pada malam pertama Ramadan datang angin dari bawah Arsy yang bernama Almutsirah, maka menggoyangkan daun-daun syurga dan menggerakkan daun pintu sehingga terdengar suara bidadari dari jendela-jendela bahagian atas syurga dan berseru :Siapakah yang datang meminang kepada ALLAH untuk dikahwinkan seorang dari kami, kemudian bidadari itu bertanya kepada Malaikat Ridhwan;Ya Ridhwan, malam apakah ini? Wahai wanita-wanita cantik, ini malam pertama bulan Ramadan. Kemudian ALLAH berfirman; Ya Ridhwan bukalah pintu-pintu syurga untuk orang-orang yang puasa dari umat Muhammad s.a.w. Dan menyuruh Malaikat Malik; Ya Malik tutuplah pintu-pintu neraka Jahim dari orang-orang yang puasa dari umat Muhammad s.a.w. dan berfirman : Ya Jibril turunlah ke bumi dan ikatlah syaitan-syaitan yang jahatdan rantai mereka kemudian buanglah mereka dalam laut supayatidak mengganggu (merosakkan) puasa umat Muhammad s.a.w.

Dan pada tiap malam Ramadan, ALLAH berseru tiga kali : Siapakah yang minta akan Aku beri permintaannya, siapakah yang taubat akan Aku terima taubatnya, siapakah yang minta ampun maka akan Aku ampunkan, kemudian diserukan : Siapakah yang akan menabung pada yang kaya yang tidak pernah punya dan yang selalu menepati yamg tidak zalim. Dan pada tiap hari... bulan Ramadan ALLAH memerdekakan sejuta ahli neraka yang semuanya layak disiksa dan bila pada hari atau malam Jumaat pada tiap jam dimerdekakan sejuta orang dari api neraka, bila akhir hari Ramadan ALLAH memerdekakan pada hari itu sebanyak orang yang dimerdekakan dari hari pertama hingga akhir Ramadan.

Dan pada malam Lailatul Qadar ALLAH menyuruh Malaikat Jibril dengan rombongan Malaikat turun ke bumi dengan membawa panji hijau yang diletakkan di atas Ka’abah dan ia mempunyai enam ratus sayap, di antaranya dua sayap yang tidak dihampar kecuali pada malam Lailatul Qadar, maka dihampar sehingga meliputi hujung timur hingga hujung barat. Lalu Malaikat Jibril mengutus Malaikat pergi kepada umat Muhammad s.a.w. untuk memberi salam pada tiap orang yang sedang berdiri atau duduk,sembahyang atau berzikir dan menjabat tangan mereka serta mengaminkan doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila telah terbit fajar maka Jibril menyeru : Hai para Malaikat segeralah kembali, lalu Malaikat bertanya :Bagaimana mengenai hajat kaum Mukminin dari umat Muhammad s.a.w.? Jawab Jibril; ALLAH melihat mereka dengan pandangan rahmat lalu memaafkan mereka, kecuali dari empat macam :Pemabuk (peminum arak); Pendurhaka terhadap kedua ayah bundanya; Memutuskan hubungan keluarga; dan Orang yang memboikot, tidak bicara dengan saudaranya lebih dari tiga hari.

Maksud hadis riwayat Ibnu Abbas r.a.Petikan : Tanbihul Ghaffilin

Ramadan Dalam Merdeka


Alhamdulillah...Dalam bulan Ramadan yang mulia ini kita dapat menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52. Justeru, mari sama-sama kita memerdekakan diri sendiri dari segala perkara yang dilarang olehNya. Rebut peluang untuk memohon ampun dan taubat dari Allah SWT agar dibersihkan diri dari segala dosa. Moga Ramadan yang sedang dijalani dapat mendidik jiwa kita menjadi tabah dan sabar di samping merasai kemanisan dan rahmat dari-Nya...Aminnnn...
-HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA-

Sunday, August 30, 2009

Di sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya...


Keistimewaan perempuan


23 August 2009, aku suami dan anak2 telah ke kompleks Damai Kuang (Rumah Anak-anak Yatim Kuang) untuk bersedekah sempena bulan Ramadan. Setelah berborak2 (agak lama gak) dengan Pengetua Kompleks tersebut,Tuan Haji Mior Suhaimi tiba2 Along dtg ke arah kami..."Ibu baby nangis...", "OKlah bawak Baby ke mari" Arah ku kpd Along. Sambil memangku Surfina & memujuknya Tuan Haji bertanya pd suamiku "berapa orang anak". Sambil tersenyum suami menjawab"empat...semuaaa puteri saya punya...."Eh...Jangan sedih...kamu tau tak bahawa doa anak perempuan yg solehah boleh mengangkat ibu & bapa yang sdg dibakar di neraka ke syurga... Tak ada sebut pasal doa anak lelaki yg soleh tau..." Kata Tuan Haji dengan sungguh2...Alhamdulillah...Insya Allah...Moga ke empat2 puteriku akan menjadi anak2 yang solehah...

Lalu di sini aku sertakan keistimewaan2 kita sebagai perempuan....

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak NabiIsmail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

Puasa Dan Kurma


Kurma dan produk berasaskan kurma sering dikaitkan dengan pencegahan, malahan rawatan sesetengah penyakit kronik badan. Ini berikutan jenis dan jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar.
Sebagai contoh, serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar di bulan puasa dan mempercepatkan rasa kenyang. Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.
Kurma juga dikaitkan dengan peranan membantu meningkatkan fungsi sistem badan, sekaligus mencegah penyakit melalui:
1. Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan sakit jantung
2. Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
3.Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
4. Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.
5.Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah merah.
6. Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.
Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air.
Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda:" Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan."
Amalan berbuka Rasulullah SAW menggambarkan kurma itu banyak khasiatnya, terutama untuk badan yang keletihan selepas sehari berpuasa.

Apabila Mendapat Ujian Daripada Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya.

Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila.

Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita.

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa begitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya.

Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.

Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Friday, August 28, 2009

Salam Hari ke 7 Ramadan


Salam semua...Hari ini hari ke 7 kita berpuasa. Alhamdullillah bersyukur sangat berjumpa lagi dgn ramadan pada tahun ini. Doaku utk aku dan semua muslimin dan muslimat agar dapat kita menempuh ramadan tahun ini dengan lebih keberkatan dari tahun2 yang lepas. Moga aku dapat melakukan segala yang fardhu dan sunat sepanjang ramadan ini. Semoga Allah menerima segala amalan & ibadahku, menerima taubatku dan mengampunkan segala dosa-dosaku selama ini...Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang....Amin...

p/s : Tak dapat berblog selama 2 minggu sbb modemku telah dibom dek petir....huksss