Friday, January 30, 2009

Pasangan Bahagia....

Masa aku mengandung 7 months....Tengok siapa yang paling boroi....he he he...

Yani Jatuh Dan Dagunya Luka lagi.....!


Aku terpaksa ambil cuti sejak 19 January 2009 until 21 January sbb hubby aku ke Jakarta mengikuti team golfnya bermain di sana... Disebabkan tak mau kelam kabut pagi2 aku tepaksa ambil AL selama 3 hari...Nak buat macamana...mana mungkin aku menang tangan utk handle mereka di awal pagi sdgkan aku terpaksa keluar seawal 6.30pg ke tempat kerja. Aku berkorban menghabiskan ALku selama 3 hari...


21 January petang..tiba2 h/p berdering & appear no. h/p yang tidak ku kenali. Bila ku angkat Cikgu Sekolah Yani memberitahu yg Yani di Kelinik Annisa sbb jatuh & dagunya terpaksa dijahit. Ya Allah Yani...apa dah jadi ni...hari tu jatuh longkang luka kat dagu gak ni luka lagi kat dagu...Di sebabkan ada baby..& Fina pulak meragam so aku serahkan pd gurunya utk menyelesaikan di kelinik...w/pun hatiku tak tenteram...Tiba2 gurunya menelefon lagi & mengatakan Yani menangis tak mahu dijahit...dan aku dgr background suara Yani menyebut2 ibu...ibu...Dalam keadaan tergesa2 aku tumpang Fina dgn Mie (jiran) di atas & aku bergegas ke kelinik..Sampai2 Dr kata ubat bius dah habis & Yani dah sedar...cam na lah Dr ni..tak faham aku!

Darah dah penuh baju sekolahnya..w/pun dipujuk Yani masih enggan dijahit & akhirnya dagunya hanya digam dan diplaster saja. Nasib baik lukanya di bawah dagu kalau di bawah bibir tak ke cacat anak aku...Yani, Yani dah berapa kali ibu pesan jgnlah lasak sangat...Tengok tu dagu dia dah bertampal selepas aku mandikan & bersihkan darah2 semua..Nasib baik ibu ada kalau ibu kerja? Dengan selamba dia jawab "Yani tunggu ibu jugak..." Betul2 minah selamba dia nih...



Thursday, January 29, 2009

Petang tadi dengan lafaz bismillah hi tawakaltu....aku hantar my resignation letter to HR. Tak taulah apa comment dia orang nanti. Aku sudah membuat keputusan yg tepat dalam hidupku. Di usia menjangkau 42 tahun dah tiba masanya utk aku menumpukan sepenuh jiwa raga & juga hatiku pada anak2 dah r/tangga especially pada babyku...Semoga Allah merestui pada keputusan yg ku ambil ini. Aku selalu berpegang pada kata2 bahawa kalau kita ada masalah antara keluarga & kerja maka utamakanlah pd keluarga kerna mereka adalah segala2nya....Mengiringi perletakan jawatanku setelah 19 tahun aku bergelumang dalam dunia pekerjaan hujan di luar sana mencurah2 dengan lebatnya, itu maknanya ada rezeki lain yg menunggu aku di luar sana. Akhirnya demi keluarga aku redha meletakkan jawatanku....

Baby Surfina di usia 3 bulan
















Wajah2 Fina di usia 3 bulan...Ibu selalu rindu kat baby bucuk2 kalau ibu kat office..Apalah yg baby buat kat umah mama ya...Semalam mama kata adik dah lepas untuk mengiring.. Tak lama lagi adik mesti dah pandai meniarap. I hope I won't miss this experiance with you sayang...
Hari ni sampai awal gak kat office . Jalan masih tak berapa jam. Masa kat parking Kelana Jaya tadi kosong je sewaktu aku sampai..Kalau tak jenuh berpusing baru dapat parking. Orang masih bercuti Tahun Baru cina lagi lah tu & sambung cuti hari wilayah pada Isnin depan..syoknya they all cuti panjang. Kat office aku org ke-2 sampai selepas Fizah. Sambil tunggu geng nak gi b/fast tulislah apa2 dulu. Semalam balik dari kerja pergi ke kelinik Shamsara ada appointment pasal aku punya b/p....Sepatutnya Isnin lepas disebabkan bercuti ke PD tak dapatlah datang. B/P aku masih tinggi i.e 140/100. Geleng kepala Doktor Jisham. Tambah ubat lagi & dia suruh datang sabtu ni dalam keadaan aku rehat & tenang. Dia kata aku letih & penat sbb baru balik kerja agaknya. Entahlah ya...

Hari ni tak tau apa lagi nak buat kerja. Hati dah tak ada kat office ni. Hati aku di rumah teringatkan Fina babyku yg aku tinggalkan tadi. Masih tidur di katil...ayahnya pulak ceret beret, entah apa yg dia makan malam tadi. Dia balik driving range aku pun tak sedar sbb kul 12.00pm aku masuk tidur dia lum balik lagi. Manalah kawan2 tak sampai aku nak gi b/fast ni....

Oh ya semalam call Ijai tanya pasal kursus yg disediakan oleh MECD utk usahawan bumiputera. Niat hati nak bukak kedai dobi pas berhenti nanti.. Hubby kata cuba surf internet tengok kursus yg dianjurkan oleh MARA.. Call Ijai dapatlah info pasal course tu, tapi katanya belum diiklankan lagi di internet, nanti kalau ada dia akan inform aku. Oklah tu, kalau hubby dapat bagi modal berminat jugak akau nak bukak business tu...Duduk umah tak buat apa2 dan duit tak masuk boring jugakkan...

Wednesday, January 28, 2009

Resignation

Hari ni Boss panggil aku about my letter of resignation yg aku hantar last friday... Akhirnya dia draftkan letter...Dalam letter tu dia draftkan aku last day on 18 March 09. Masa tu harap aku dah pindah ke rumah baru...Lepas tu aku akan jadi driver anak2 aku. Aku berharap segala apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan. Ya Allah kau kabulkanlah doa hambaMu ini Ya Allah.....Engkau restulah & kau berkatilah segala apa yang aku lakukan ini demi anak2 dan familyku Ya Allah. Selama ini aku terlalu mengejar duniaMu hingga aku terlupa pada mereka yang lebih memerlukan aku...

Friday, January 2, 2009

Debaran utk diceaser.....

Masa tengah berdebar menanti utk kena ceaser...Menangis gak bila hubby buat lawak...Aku sedih & pilu..Tak tau kenapa..Harap semuanya berjalan lancar & lepas ni aku akan dapat baby comel lagi after 6 years tak pegang baby...so excited actually...Sepatutnya aku org pertama yg kena masuk OT. Tapi ada lak sister ni yg dah contraction dulu so Dr Fairuz lepaskan dia dulu ke OT...Aku pasang telinga coz masa menunggu dia kat katil sebelah aku je...Dia ni akan melahirkan baby yg agak besar, kalau sampai due date babynya akan berat sampai 6kg, that's why Dr Fairuz suruh awalkan kelahirannya...wou camnalah besounya baby dia ya...Tapi sister kat sebelah ni ada diabetis...setelah dilahirkan, babynya kurang oksigen & besar & mamnya lak ada diabetis so babynya kena tahan lak...Tak silap aku babynya lahir lebih kuarng 5kg + wou...Anak aku yg Yani tu lahirnya 3.6kg pun aku rasa besar inikan pulak 5kg plus....eh eh eh...


Kul leh kurang 7 malam Kak Esah , Bechik & tunang & Sabrina sampai all the way from Selayang, tu pun lepas sesat beberapa kali maklumlah orang Johor dtg Shah Alam, belajar lak kat Sabah, sesat barat lah jawabnya baru nak sampai kat DEMC he he he kesian depa...BTW thank you for your visit..

Thursday, January 1, 2009

Gambar Raya 2008

Gambar
ni kat umah mak Andak kat Bukit Jelutong. Petang Raya dah...Pas ni nak gi umah Ainon Kat Selayang lak...Macam ni lah every year masa hari raya...This is 2nd year raya mak dah tak ada...Sedih...But this is the puzzle of life...
Tengoklah muka anak2 aku semuanya monyok, sbb dah penat & letih...Aku lak penat gak tapi maintain senyum. Tengah menunggu hari...15 Oct. ni confirm kena ceaser coz uri aku kat bawah...Oh baby jangan keluar lagi k...Ibu nak beraya sakan ni....

Masak masak

Ikan Masak Asam pedas makanan kegemaran aku...Masakan nilah yang paling aku pandai masak. Masa duduk kampong dulu masakan nilah yang emak selalu masak. kalau ayah balik dari kerja ayah mesti bawak balik ikan fresh dari Pasar Rengit & emak akan masak asam pedas. Lepas kahwin lak aku pernah masak asam pedas utk ayah mertua masa dia berkunjung ke rumah masa aku duduk kat Kg. Nakhoda, Selayang. Dia bagi tau hubby aku masakan asam pedas ku sedap...the best...Alamak terangkat jap...Pas tu aku akan baiki asam pedas ku hari ke hari...manalah tau lepas ni boleh bukak restoren Asam Pedas macam Linda Onn versi Abidah pulak he he he...

baby comel



Baby comelku akhirnya selamat dilahirkan pada 10.36 pagi 15 Okt 2008...Tengoklah betapa excitednya Along, Angah & Alang disamping adiknya yang baru dilahirkan...Nyang pun tumpang excited memangku cicitnya tah yang ke berapa ya...nanti aku kira...Panjang umur nenek...