Thursday, August 13, 2009

Tanggal 13 August 2009...Selamat Harijadi Sayang


Buat suami...Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab,
kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan
memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu.
Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan mu sentiasa dalam rahmat Tuhan.
Semoga Allah panjangkan umur mu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan dunia dan akhirat bersamamu,
kita gapai penuh kesyukuran.

Harapan dan impianku , agar aku mampu membuat kau sentiasa tersenyum
dan tertawa saat kita bersama meniti usia.

Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....

Terima kasih sayang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....


No comments:

Post a Comment