Monday, August 31, 2009

Projek Buat Karipap




Juadah berbuka pose hari ni, anak2 aku sibuk nak karipap ayam. So they all pun beramai2 bersama bibik buat karipap...Tentu sedapkan...


Renungan Ramadan


Bismillahirahmannirahim..
Sesungguhnya syurga itu diukup-ukup dan diperhias tiap tahun ketika masuk bulan Ramadan, maka apabila tiba pada malam pertama Ramadan datang angin dari bawah Arsy yang bernama Almutsirah, maka menggoyangkan daun-daun syurga dan menggerakkan daun pintu sehingga terdengar suara bidadari dari jendela-jendela bahagian atas syurga dan berseru :Siapakah yang datang meminang kepada ALLAH untuk dikahwinkan seorang dari kami, kemudian bidadari itu bertanya kepada Malaikat Ridhwan;Ya Ridhwan, malam apakah ini? Wahai wanita-wanita cantik, ini malam pertama bulan Ramadan. Kemudian ALLAH berfirman; Ya Ridhwan bukalah pintu-pintu syurga untuk orang-orang yang puasa dari umat Muhammad s.a.w. Dan menyuruh Malaikat Malik; Ya Malik tutuplah pintu-pintu neraka Jahim dari orang-orang yang puasa dari umat Muhammad s.a.w. dan berfirman : Ya Jibril turunlah ke bumi dan ikatlah syaitan-syaitan yang jahatdan rantai mereka kemudian buanglah mereka dalam laut supayatidak mengganggu (merosakkan) puasa umat Muhammad s.a.w.

Dan pada tiap malam Ramadan, ALLAH berseru tiga kali : Siapakah yang minta akan Aku beri permintaannya, siapakah yang taubat akan Aku terima taubatnya, siapakah yang minta ampun maka akan Aku ampunkan, kemudian diserukan : Siapakah yang akan menabung pada yang kaya yang tidak pernah punya dan yang selalu menepati yamg tidak zalim. Dan pada tiap hari... bulan Ramadan ALLAH memerdekakan sejuta ahli neraka yang semuanya layak disiksa dan bila pada hari atau malam Jumaat pada tiap jam dimerdekakan sejuta orang dari api neraka, bila akhir hari Ramadan ALLAH memerdekakan pada hari itu sebanyak orang yang dimerdekakan dari hari pertama hingga akhir Ramadan.

Dan pada malam Lailatul Qadar ALLAH menyuruh Malaikat Jibril dengan rombongan Malaikat turun ke bumi dengan membawa panji hijau yang diletakkan di atas Ka’abah dan ia mempunyai enam ratus sayap, di antaranya dua sayap yang tidak dihampar kecuali pada malam Lailatul Qadar, maka dihampar sehingga meliputi hujung timur hingga hujung barat. Lalu Malaikat Jibril mengutus Malaikat pergi kepada umat Muhammad s.a.w. untuk memberi salam pada tiap orang yang sedang berdiri atau duduk,sembahyang atau berzikir dan menjabat tangan mereka serta mengaminkan doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila telah terbit fajar maka Jibril menyeru : Hai para Malaikat segeralah kembali, lalu Malaikat bertanya :Bagaimana mengenai hajat kaum Mukminin dari umat Muhammad s.a.w.? Jawab Jibril; ALLAH melihat mereka dengan pandangan rahmat lalu memaafkan mereka, kecuali dari empat macam :Pemabuk (peminum arak); Pendurhaka terhadap kedua ayah bundanya; Memutuskan hubungan keluarga; dan Orang yang memboikot, tidak bicara dengan saudaranya lebih dari tiga hari.

Maksud hadis riwayat Ibnu Abbas r.a.Petikan : Tanbihul Ghaffilin

Ramadan Dalam Merdeka


Alhamdulillah...Dalam bulan Ramadan yang mulia ini kita dapat menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-52. Justeru, mari sama-sama kita memerdekakan diri sendiri dari segala perkara yang dilarang olehNya. Rebut peluang untuk memohon ampun dan taubat dari Allah SWT agar dibersihkan diri dari segala dosa. Moga Ramadan yang sedang dijalani dapat mendidik jiwa kita menjadi tabah dan sabar di samping merasai kemanisan dan rahmat dari-Nya...Aminnnn...
-HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA-

Sunday, August 30, 2009

Di sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya...


Keistimewaan perempuan


23 August 2009, aku suami dan anak2 telah ke kompleks Damai Kuang (Rumah Anak-anak Yatim Kuang) untuk bersedekah sempena bulan Ramadan. Setelah berborak2 (agak lama gak) dengan Pengetua Kompleks tersebut,Tuan Haji Mior Suhaimi tiba2 Along dtg ke arah kami..."Ibu baby nangis...", "OKlah bawak Baby ke mari" Arah ku kpd Along. Sambil memangku Surfina & memujuknya Tuan Haji bertanya pd suamiku "berapa orang anak". Sambil tersenyum suami menjawab"empat...semuaaa puteri saya punya...."Eh...Jangan sedih...kamu tau tak bahawa doa anak perempuan yg solehah boleh mengangkat ibu & bapa yang sdg dibakar di neraka ke syurga... Tak ada sebut pasal doa anak lelaki yg soleh tau..." Kata Tuan Haji dengan sungguh2...Alhamdulillah...Insya Allah...Moga ke empat2 puteriku akan menjadi anak2 yang solehah...

Lalu di sini aku sertakan keistimewaan2 kita sebagai perempuan....

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak NabiIsmail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

Puasa Dan Kurma


Kurma dan produk berasaskan kurma sering dikaitkan dengan pencegahan, malahan rawatan sesetengah penyakit kronik badan. Ini berikutan jenis dan jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar.
Sebagai contoh, serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar di bulan puasa dan mempercepatkan rasa kenyang. Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.
Kurma juga dikaitkan dengan peranan membantu meningkatkan fungsi sistem badan, sekaligus mencegah penyakit melalui:
1. Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan sakit jantung
2. Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
3.Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
4. Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.
5.Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah merah.
6. Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.
Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air.
Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda:" Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan."
Amalan berbuka Rasulullah SAW menggambarkan kurma itu banyak khasiatnya, terutama untuk badan yang keletihan selepas sehari berpuasa.

Apabila Mendapat Ujian Daripada Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya.

Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila.

Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita.

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa begitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya.

Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.

Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Friday, August 28, 2009

Salam Hari ke 7 Ramadan


Salam semua...Hari ini hari ke 7 kita berpuasa. Alhamdullillah bersyukur sangat berjumpa lagi dgn ramadan pada tahun ini. Doaku utk aku dan semua muslimin dan muslimat agar dapat kita menempuh ramadan tahun ini dengan lebih keberkatan dari tahun2 yang lepas. Moga aku dapat melakukan segala yang fardhu dan sunat sepanjang ramadan ini. Semoga Allah menerima segala amalan & ibadahku, menerima taubatku dan mengampunkan segala dosa-dosaku selama ini...Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang....Amin...

p/s : Tak dapat berblog selama 2 minggu sbb modemku telah dibom dek petir....huksss


Thursday, August 13, 2009

2nd Birthday Present....To My Sweet Husband Happy Birthday...Love U Very Much


Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia



Innalilahhiwainnailaihirojiun...

Takziah bt keluarga arwah Asri..

Terkejut aku tadi, bila tengok berita NTV7 bahawa ketua kumpulan Rabbani, Ustaz Asri meninggal dunia akibat serangan jantung pg td.. di Angkasapuri.

Semuga rohnya di cucuri rahmat olehnya, dan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..aminnnn.

Tanggal 13 August 2009...Selamat Harijadi Sayang


Buat suami...Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab,
kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan
memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu.
Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan mu sentiasa dalam rahmat Tuhan.
Semoga Allah panjangkan umur mu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan dunia dan akhirat bersamamu,
kita gapai penuh kesyukuran.

Harapan dan impianku , agar aku mampu membuat kau sentiasa tersenyum
dan tertawa saat kita bersama meniti usia.

Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....

Terima kasih sayang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....


Wednesday, August 12, 2009

Berberlanja Di Laman Sesawang

Tadi aku baca artikel kat sini tentang berbelanja melalui talian internet. Tajuknya Berjenama Tapi murah. Nampak cam menarik & nak cubalah. Aku pun minat nk cuba berniaga secara online dah cuba gi kursus tapi tk tau camna nk mula...Ada yg nk bantu???

Aku Pernah Belajar Kat sini dulu...

Lebih 2 dekad dahulu aku pernah di sini selama lebih kurang 3 tahun. Memang banyak memori indah dan pahit yg telah aku lalui selama di sini namun banyak yang manis dari pahit, maklumlah zaman remajakan...Ramai kengkawan yang aku rindu bila aku teringat zaman di sini...emmmm kita lihat kenanganku bersama rakan-rakan seangkatan di part 2 "Aku Pernah Belajar Kat Sini dulu..." -Nk kumpul bahan he he he...

Tuesday, August 11, 2009

2 days @ PD Golf Club








Ikut hubby gi PD golf club last week....Along, Angah & Yani tak puas2 terjun pool...Fina berkepit ngan bibik dia aku sorang2...Hubby sibuk ngan golf dia...Nasib badan...

Hari Terbuka SKPA2









Hari Terbuka SKPA2 baru2 ni cuma aku ajelah yang melayan anak2...Husband?
Biasalah golf dia le...Nasib baik Fina ok...Cuma panas dia merengek skit tapi tak pe Kak Yani
rajin melayan....

Monday, August 10, 2009

Along 11th Birthday 29 July 09


Anak ayah...sama2 "Black" he he he...

Happy Birthday Along.
Semoga panjang umur, sihat dan jadilah anak yang berguna dan dengar cakap ibu dan ayah ya...



Resipi Hari ni...Simple je ...SUP CENDAWAN



Bahan-bahannya
100gm udang
100gm sotong
100gm cendawan
10gm lada hitam- tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji cili api
1 biji tomato
1 sudu sos tiram
1 biji limau nipis
sedikit gula dan garam

Cara Membuatnya

1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan udang dan sotong.

2. Masukkan cendawan, lada hitam,cili api, tomato dan sos tiram.

3. Letak gula dan garam secukup ras. Akhir sekali perahkan air asam limau.

* Sumber: Majalah RAPI (15 June)


Tido Bawah Ketiak Mak!...He He He

































Fina ni satu perangai dia yg pelik skit...Nk tido mesti bawah ketiak aku he he he....Pas tu kalau dia dah lena & aku nk bangun utk wat keja dia pun terjaga....Nak wat cam na yek...Almaklumlah aku tak kerja sbb tu baby ni terlebih rapat ngan aku....
* Parut Di pipi cakaran Fina

Sunday, August 9, 2009

aku di penjara rindu.....



penjara hati yang tebal ini
aku terkurung dalam lipatan kenangan
dirantai dengan seribu kesalan
terpasung pada suatu janji
bebaskan aku wahai kasih...

YANG PASTI AKU MASIH RINDU


semalam kau hadir tiba tiba
sebaris kata bertanya apa
lantas kau diam seribu bahasa
adakah aku tersalah kata
aku keliru dengan dugaan itu
terus menanti jawapan yang pasti

Friday, August 7, 2009

RINDU.....

Sweet moments and I will miss it.....
Rindu seringkali melandaku akhir-akhir ini...
Kenapa ya...

Emak dan Ayah

Aku akan sentiasa merindui mak dan ayah...Walau emak dan ayah telah meninggalkan aku namun kalian berdua tetap di hati setiap detik dan waktu...Moga Mak dan ayah bahagia di sana dan aku akan sentiasa mendoakan emak dan ayah...

Thursday, August 6, 2009

Romantik...

Bagi setiap isteri, tentu syiokkkk dapat suami romantik.
Romantik ni subjektif sebenarnya.

Alangkah girang gumbiranya jika dapat suami yang sentiasa romantik. Melayan isterinya dengan penuh romantik setiap hari.. setiap saat.

Ada pendapat mengatakan suami yang romantik jika memeluk isterinya 12 kali sehari. Kenapa 12 kali...???? tak tahu pulak...
mungkin sehari ada 24 jam... maka setiap 2 jam kena peluk bini... arghhh ... tak jadi kerja le...

Suami romantik jika suka beri hadiah untuk isteri. Selalu buat surprise utk isteri. Tak la kena mintak, baru dapat....

Suami romantik jika suka mengurut isterinya tanpa diminta...Tapi ada juga suami yang suka berkepit dengan isteri. Romantik ke????


Romantikkah suami anda?????


Atau ... adakah anda lelaki yang romantik????

Wednesday, August 5, 2009







MICHEAL JACKSON DIBUNUH UNTUK SEKAT ISLAM BERKEMBANG

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-​gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-​lamanya.​ Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-​pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-​peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain
Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Dialihbahasa oleh http:​/​/​beautifulnara.​com

Lagu 'Give Thanks to Allah' yang dikatakan telah dinyanyikan oleh Michael Jackson. Namun media barat menafikan dengan mengatakan bahawa pencipta lagu tersebut, Zain Bhika lah orangnya yang telah mengalunkan lagu itu.

Ajijoi ~ Cuba bayangkan jika perancangannya untuk mengumumkan keimanannya memeluk agama Islam semasa konsert tersebut, sudah pastinya jutaan peminat fanatik Mikael seluruh dunia akan terpanggil untuk mengikuti jejak langkah ikon pujaan mereka itu.
Inilah yang amat ditakuti oleh Amerika dan dunia barat yang memusuhi Islam.


(Dipetik dari Bulletin Tagged :Aishah)

Tuesday, August 4, 2009

Biarlah Ku Pendam Sebuah Duka

Bulan Mei, airmata ku banyak tertumpah. Jiwa menjadi terlalu sensitif. Namun, aku belum bersedia untuk berkongsi cerita. Biarlah ku pendam sebuah duka. Ya Allah andainya ujian ini adalah untuk menebus segala dosa-dosaku yang lalu aku redha Ya Allah...